Search This Blog

Friday, April 8, 2011

SELAMAT HARI LAHIR PUTERI SULUNGKU NUR ALIA BINTI MAT ZAINI...

05 April, genap 13 tahun Puteri Sulungku Nur Alia, Puteri Tengahku, Nur Adila 27 Ogos nanti manakala Puteri Bongsuku, Nur Amira 06 Ogos nanti, nampaknya dalam bulan puasa... Majlis harijadi berikutnya kena buat masa raya la ya.... Ok nanti kita buat kat rumah tok. Ramai sedara mara yang ada. Insyaallah.. TAPI ingat nak balik Kelantan la. Lamanya tak balik Kelantan. Tak pa la nanti kita bincang dengan abah.. Sabar ya anak-anak...

Hepi belated birthday... Kak Long, manfaatkan jam yang umi hadiahkan tu sebaiknya... Jaga diri, hiasi peribadi, segerakan solat, baca Quran... baca buku, buat kerja sekolah, tolong umi kat dapur... kemas rumah, sapu sampah, bersihkan mana yang patut.. supaya jati dirimu lebih terpelihara. Serlahkan bakat dan minat ke jalan yang diredhai Allah. Umi doakan Kak Long sihat, panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah, menjadi anak yang solehah, diberikan akal fikiran yang cerdas, daya ingatan yang kuat, hati yang terang  serta mampu membuat keputusan dengan bijak. Di samping hidup bahagia, gembira dan ceria di bawah lindungan dan rahmat Allah sentiasa.

Kawan-kawan along, Amani, Puteri, dan Afini yang hadir dalam majlis hari lahir Alia, terima kasih banyak2. Maaf atas segala kekurangan... Kawan-kawan umi yang datang juga terima kasih banyak-banyak... Ramai ustazah yang datang... Ustazah Fatimah(Kak Timah), Ustazah Hakimah, Ustazah Wan Rozilawati, Ustazah Yusnita dan Kak Yam yang dihormati....bersama anak-anak buah dari ASPURA.... Teima kasih yang tidak terhingga. Rahmat dan keberkatan yang dibawa bersama amat bermakna buat Shida...

Kegembiraan menyambut tetamu indah nian untuk  dikenang. Tak lupa juga buat  sepupuku  Kak Qiah  dan Abang Zain yang sentiasa memberi sokongan. Ayah dan Ibu dari kampung, Adik Din dan Noni, Aisyah dan Afique yang menjadi penyeri majlis amat mak long dan pak long hargai. Ya Allah aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan. Alhamdulillah... Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku bersujud kepadaMu Ya Allah atas limpahan rahmatMu....

"Allahumma inni au'zubikaminal hammi wal hazan", Ya Allah ! Aku berlindung kepadaMu daripada dukacita dan kesusahan..... Amin ya Rabbal A'lamin. - Doa Nabi Muhammad s.a.w. mohon perlindungan Allah. Pasti ku jadikan zikir dalam hatiku setiap detik kehidupan yang kujalani.... banyak khasiatnya doa ini diamalkan selalu.... Esok (10 April) Pelancaran Minggu Bahasa Melayu, kudoakan Cg. Ismail Hashim dan anak-anak pelajarku yang akan mengendalikan majlis esok berada dalam perlindungan Allah agar sihat Wal-afiat. Syamimi, Azri dan Swanni.... Do your best. Adila Nadia selamat menjalani rawatan. Cikgu doakan kamu cepat sembuh...

2 comments:

  1. selamat semuanya..aminnn...

    ReplyDelete
  2. ThanQ... Semoga hidup kita sentiasa dilindungi dan dalam keberkatan Allah S.W.T.

    ReplyDelete