Search This Blog

Tuesday, February 15, 2011

Penantian Yang Belum Pasti

           Lamanya tak menulis.. Cbuk dengan tugas di tempat kerja bawak balik ke rumah, tambah pula dengan tugas di rumah yang tak habis-habis. Badan letih.. Kaki pun sakit berdenyut-denyut. Alhamdulillah, syukur anak sulung dah dapat 5A dalam UPSR 2010. Tahniah anakku. Sekarang belajar di SMK Baling. Permohonan ke SBP dan MRSM tak dapat. Rayuan pun berlum ada keputusan. Penantian ini belum berkesudahan. Masih mengharap ada peluang. Insyaallah ada rezeki. Hanya pada Allah tempat untuk meminta pertolongan.

         Tahun ini anak kedua pula menduduki UPSR.  Usaha dengan bersungguh-sungguh anakku. Umi akan menyokongmu. Aku sebenarnya agak kekok mengarang ni. Tapi aku akan cuba juga..Itulah susah jugak nak ajaq anak sendiri mengarang. Puncanya dah tahu.. kurang membaca hahaha. Kena susun strategi mengatasi kelemahan diri mulai sekarang. Buku berrak-rak di rumah siap ada perpustakaan mini lagi. Suami memang rajin membaca. Hobi dia pula beli buku. Duit habis kerana beli buku dia kata berbaloi. Aku pun kena ikut jejak langkah dia la. Demi masa depan anak-anakku juga. Wah.. wah.. wah aku mesti keluar daripada kepompong kejahilanku ini. Buku apa nak mula baca ya??? Buku motivasi best juga. Nanti sat nak pi cari buku nanti sambung tulis lagi..